MB Negeri Sembilan positif COVID-19, sudah ambil dos penggalak

Dari Penulis

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disahkan positif COVID-19, semalam.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Aminuddin, yang sudah menerima dos penggalak, sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Isnin (21 Feb),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan Aminuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh kuarantin.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This