14 ADUN BN hilang kepercayaan, tarik sokongan terhadap Aminuddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KESEMUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Sembilan yang berjumlah 14 orang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pada masa sama, 14 ADUN BN juga menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.

“Semua 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan dengan ini sebulat suara hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa, kami mendukung penuh serta mempertahankan institusi adat dan Perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan dan mahukan kerajaan yang stabil,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya lagi, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri sejurus selesai sidang media berakhir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This