PART II : Anak tidur tak nyenyak? Kenali risiko apnea tidur dan pencegahan

Dari Penulis

SIAPA YANG BERISIKO?

Jika anak kerap terjaga waktu malam kerana masalah dengkur, ia menunjukkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah apnea tidur. Risiko apnea tidur boleh berlaku kepada kanak-kanak yang mengalami obesiti di mana mempunyai leher yang pendek dan besar.

Apnea tidur merupakan masalah kerap terjaga daripada tidur (apnea tidur).

Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu, kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak alahan dan asma serta kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa turut berisiko tinggi untuk berdengkur.

Dengkur boleh menyebabkan anak berasa letih selepas bangun tidur. Kesan tidak mendapat tidur yang nyenyak akibat terjaga pada waktu malam turut menjejaskan daya tumpuan, sukar memberikan perhatian ketika belajar dan mudah mengantuk.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

•             Rawatan bergantung kepada diagnosis yang dilakukan. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang telah dikenal pasti.

•             Menghantar anak-anak berjumpa pakar ENT kerana kira-kira 85 hingga 90 peratus ia berjaya diselesaikan.

•             Ubah gaya hidup dan mengurangkan berat badan khususnya bagi individu yang terlalu gemuk.

•             Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur.

•             Titik beratkan kebersihan persekitaran tempat tidur dan pastikan bilik tidur dalam keadaan menenangkan.

•             Didik anak amalkan waktu tidur yang tetap setiap hari.

•             Utamakan posisi tidur mengiring daripada terlentang. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This