PRN Johor: Soal pengalaman bukan isu besar buat Nizam Bashir

Dari Penulis

CALON Pilihan Raya Negeri (PRN Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit dari parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir tidak menganggap isu pengalaman menjadi satu masalah besar buat para pengundi.

Jelasnya, dia mahu menekankan satu bentuk kerajaan yang peka akan situasi kepayahan menimpa rakyat Rengit.

“Bagi saya isu pengalaman tidak ada masalah. Jika dilihat ketika Pilihan Raya Negeri sebelum ini,rata-rata pengundi mengundang muka-muka baru. Isu pengalaman sebenarnya tidak menjadi titik ukur yang dipertimbangkan oleh pengundi.

“Kita perlu pertekankan satu kerajaan dan wakil rakyat yang mempertimbangkan rintihan dan susah payah yang dihadapi oleh para pengundi di Rengit. Bukan setakat isu kes COVID-19 yang telah meningkat, dari segi pendapatan dan kedudukan ekonomi para pengundi juga turut tergugat,” katanya kepada UtusanTV selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Makmur Rengit, Johor hari ini.

Dalam pada itu, Nizam Bashir turut berharap pentadbiran kerajaan di Johor yang bakal berkhidmat di Rengit mestilah merupakan seorang wakil rakyat yang telus, amanah dan penuh integriti

“Saya percaya itu bukan satu permintaan yang luar biasa,” tegasnya.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor : Berhadapan Puad bukan masalah – Huzair

Sementara itu, calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Khairuddin A. Rahim menjelaskan terdapat empat komponen isu yang menjadi titik fokus pada pilihan raya kali ini.

Calon PKR bagi kerusi DUN Rengit, Khairuddin A. Rahim

“Pertama, kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu COVID-19 perlu diberitahu kepada rakyat dan isu kedua ialah masalah tekanan air yang rendah khususnya di kawasan pedalaman Rengit. 

“Ketiga, isu jalan raya FT005 perlu dinaik tarafkan. Keempat, isu hakisan pantai yang telah berada dalam keadaaan gawat,” ujarnya.

Pada pilihan raya kali ini juga, Khairuddin membawakan moto Rengit Gemilang Berkebajikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This