CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohd Huzair Lajis tidak menghadapi sebarang masalah berhadapan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada pilihan raya kali ini.
“Beliau merupakan calon berpengalaman tetapi saya tidak menghadapi sebarang masalah berhadapannya.
“Kita serahkan kepada pengundi untuk memilih siapa yang mereka terima mewakili DUN Rengit ini,’’ katanya selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Makmur Rengit di Rengit, Johor hari ini.
Mengulas lanjut, Huzair menyatakan bakal membawa isu berkaitan masalah banjir dan COVID-19 dalam kempennya, malah akan berusaha membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor : Puad mahu ubah persepsi dan beri khidmat terbaik
Mohd Huzair akan dicabar calon BN, Mohd Puad selain berhadapan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Harapan (PH), Khairuddin A. Rahim serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir.
“Saya dapati banyak isu-isu yang timbul tentang masalah banjir dan COVID-19 yang menjejaskan ekonomi masyarakat di sini. Kita akan cuba tangani masalah ini. Seboleh-bolehnya kita akan bantu bagi menaikkan taraf mereka,” ujarnya.
Mengenai peluang Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri ini, beliau melahirkan perasaan optimis.
Malah, dengan kekuatan calon yang ada serta komitmen membantu rakyat sebelum ini, Mohd. Huzair yakin PN mempunyai peluang yang cerah dan diyakini pengundi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

