Sudah dapat restu keluarga, Hrithik Roshan dan Saba Azad rancang untuk berkahwin

Dari Penulis

PELAKON Bollywood terkenal, Hrithik Roshan, 48, bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya yang juga merupakan pelakon, Saba Azad, 32 tidak lama lagi.

Menurut laporan Bollywood Life, Hrithik sudah menjalin percintaan bersama Saba beberapa bulan yang lalu dan pasangan itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.

“Hrithik serius dan mahu membawa hubungan itu ke alam perkahwinan. Dia tidak mahu berita mengenai percintaan tersebar luas dan merancang melakukan majlis secara kecil sahaja,” menurut laporan Bollywood Life.

Difahamkan, perkahwinan mereka yang bakal berlangsung kelak akan dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat sahaja.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Hrithik dan Saba keluar temu janji makan malam dan bercuti bersama di Goa, India.

Bahkan, dakwaan kisah percintaan mereka dikuatkan lagi apabila Saba meluangkan masa bersama keluarga Hrithik dan kedua belah keluarga telah merestui hubungan mereka.

Bagaimanapun, pasangan tersebut hanya mendiamkan diri dan tidak memberi maklum balas berkaitan perkara tersebut.

Untuk info, Hrithik pernah mendirikan rumah tangga bersama Sussane Khan pada 2000 dan telah bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hreehan dan Hridhaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KISAS Ungguli Kejohanan Debat Bahasa Arab Piala Menteri Agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (KISAS) melakar sejarah baharu apabila muncul juara sulung dalam saingan Debat Bahasa Arab Piala...

More Articles Like This