Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

OPERASI Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka terpaksa dihentikan buat sementara selepas syarikat tersebut terpaksa keluar daripada bangunan yang disewa sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan selepas tiada sebarang persetujuan dapat dicapai mengenai isu kos sewa dengan pemilik bangunan tersebut, MARA Incorporated Sdn. Bhd (Mara Inc.).

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau, Mohd. Fadzil menjelaskan syarikat itu kini sedang mencari lokasi baharu untuk menerusikan perniagaan.

“Sejak beberapa bulan yang lalu, kita telah cuba berdiskusi dan berunding mengenai situasi di Malakat Mall, Masjid Tanah, Melaka.

“Kami minta berunding semula terma-termanya sebab situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

“Pada tahun kedua, sewanya adalah RM70,000 sebulan. Dengan jualan yang kami dapat sekarang, memang mustahil kami boleh bertahan di sana.

“Saya cuma nak beritahu yang kami tidak mampu nak meneruskan operasi di Masjid Tanah, Melaka kerana sewa yang diminta oleh Mara Inc. itu,” katanya semalam.

Baca artikel berkaitan: Selain tak sanggup buang pekerja, Mila Jirin turut prihatin nasib masyarakat dengan cara…

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, beliau sememangnya terkesan dengan perkara tersebut kerana memikirkan ‘periuk nasi’ kakitangan yang bekerja di situ.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah mengambil inisiatif untuk mencari lokasi baharu untuk meneruskan operasi perniagaan Malakat Mall.

“Saya tak salahkan Mara Inc. Bukan nak berhujah yang bangunan itu dah 6 tahun kosong dan tidak langsung memberi manfaat dan kami mulakan bisnes sewaktu PKP.

“Jadi kami dah buat keputusan untuk mencari tiga lot kedai. Dua untuk runcit manakala satu untuk makanan dan minuman (FnB),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram