Rebah di Wanita Hari Ini, keadaan Roslan Shah stabil

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

[DIKEMASKINI] PENYANYI dan pengacara, Roslan Shah tiba-tiba rebah ketika tampil pada program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung di studio Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari tadi.

Menerusi program yang membawakan topik Si Mulut Tempayan, Roslan yang sedang berbual dengan pengacara program terbabit iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dilihat tidak sihat dan terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya.

Selepas insiden itu, siaran WHI dihentikan serta-merta dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan.

Menurut kenyataan pihak TV3, Roslan berada dalam keadaan stabil sepanjang dirawat oleh panel doktor di Sri Pentas.

“Roslan sedar dan memberi respon sepanjang tempoh dirawat, didapati mengalami tekanan darah tinggi. 

“Roslan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut. 

“Kami dimaklumkan keadaannya kini stabil dan pemeriksaan ujian saringan RTK menunjukkan keputusan negatif, sama seperti sehari sebelum hadir di Sri Pentas. 

“TV3 amat menitik-beratkan keselamatan krew penerbitan dan tetamu serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan. 

“Sehubungan itu, kami memastikan setiap tetamu jemputan perlu lengkap dua dos vaksin dan menjalankan ujian saringan RTK sebelum memasuki premis Sri Pentas,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam program tersebut, Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip turut tampil sebagai tetamu undangan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This