TEKA-teki di mana keberadaan pengacara Big Stage 2022, Sherry Alhadad akhirnya terjawab apabila dia disahkan positif Covid-19.
Berita itu dikongsi oleh Sherry menerusi akaun Instagram dan turut memuat naik foto keputusan ujian saringan yang menunjukkan dua garisan (positif).
“Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
“Insya-Allah kita jumpa minggu depan di konsert Big Stage,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sherry turut mengucapkan terima kasih kepada Elly Mazlein yang menggantikan tempatnya bergandingan dengan Alif Satar.
“Terima kasih kakakku sayang @iamellymazlein.’I love you so much’. Korang memang ‘power’ @alifsatar. Nombor satu…sayang korang semua,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti serta peminat turut mendoakan kesembuhan Sherry.
Antara rakan artis yang menitipkan doa, tips serta nasihat ialah Khai Bahar, Zulin Aziz, Elly Mazlein, Ernie Zakri, Nabila Huda, Elfira Loy, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Semalam, ramai memuji gandingan Elly dan Alif Satar dalam mengacarakan Big Stage 2020 minggu keempat.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

