“Semua itu hanya gurauan…,” – Haqiem Rusli jelaskan isterinya belum hamil

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Jangan salah faham, saya bergurau sahaja,” Demikian kata penyanyi Haqiem Rusli berhubung dakwaan isterinya, Anis Sofea kini sedang hamil anak pertama.

Enggan terus membiarkan ramai pihakk salah faham, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi video yang dimuat naik di Insta Story miliknya.

Jelas Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqeim Ruslim,24, isterinya masih belum hamil namun memohon agar peminat mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata.

“Ramai yang dah muat naik video saya akan menimang anak pertama. Semua itu hanya gurauan dengan Aqo (rakan), dia yang rakam.

“Buat masa sekarang belum ada lagi (anak) tetapi kami minta doa anda semua supaya dapat menimang anak pertama. Jangan salah faham,” katanya.

Dua hari lalu, tular sebuah video milik jurugambar, Aqo Imran memaparkan Haqiem bercakap tentang anak yang bakal dilahirkan.

“Anak coming soon (akan lahir),” ungkap Haqiem menerusi video terbabit.

Selepas video itu tular, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini sekaligus teruja dengan kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga kecil Haqiem dan Anis.

Sementara itu, dalam hantaran lain di akaun Instagram Story Anis, dia akan berkongsi kepada orang ramai sekiranya ada berita gembira (hamil).

“Alhamdulillah, saya sangat gembira ramai yang mendoakan kami dan teruja menanti ‘junior’ kami.

“Insya-Allah, ada rezeki saya orang pertama yang akan uar-uarkan berita gembira itu. Semoga semua dibawah lindungan-Nya,” katanya.

Untuk info, Haqiem dan Anis selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This