Banjir: Mangsa dipindahkan meningkat di Kelantan, Terengganu berkurangan

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan menyaksikan sedikit peningkatan manakala situasi di Terengganu bertambah baik dengan bilangan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini semakin berkurangan.

Di KELANTAN, setakat 8 pagi ini, seramai 8,107 mangsa ditempatkan di 17 PPS di dua daerah berbanding 7,956 mangsa malam tadi dengan Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling tinggi iaitu seramai 7,415 orang manakala daerah Tumpat dengan 692 orang.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang ditempatkan di 50 PPS di enam daerah berkurangan sedikit kepada 11,517 orang pagi ini berbanding 12,404 orang semalam. 

Baca artikel berkaitan: Banjir: Bayaran wang ihsan kepada ketua isi rumah disegerakan – PM

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan daerah Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 4,967 orang, diikuti Hulu Terengganu (4,554), Dungun (1,478), Kuala Nerus (274), Kuala Terengganu (237) dan Setiu (tujuh).

Menurut Sekretariat itu, dijangka lebih banyak PPS akan ditutup hari ini susulan cuaca cerah di kebanyakan daerah.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya Sungai Kemaman yang masih melepasi paras bahaya setakat ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This