DÔME Cafe kini jual gelato, 18 perisa ‘mewah’ menggamit anda

Dari Penulis

Dome Cafe Malaysia hari ini melancarkan menu terbaharu iaitu pencuci mulut gelato pertama mereka yang mengetengahkan 18 perisa citarasa “mewah” dan eksotik.


Ketua Pemasaran dan Penjenamaan DÔME, Yusairi Fitri berkata, setiap gelato mereka sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi dengan menggunakan resipi tradisional dari Itali.

Menurutnya, gelato adalah berbeza daripada aiskrim-aiskrim di luar sana kerana bahan-bahan yang digunakan lebih menyihatkan.

“Berbeza dengan aiskrim yang biasa, gelato menggunakan lebih banyak susu daripada krim, menjadikannya sebagai hidangan manis yang lazat.

“Ia juga merupakan aiskrim rendah lemak dan bebas gluten yang boleh menikmati kelazatannya tanpa rasa ‘bersalah’,” katanya selepas majlis pelancaran di DÔME Cafe, Bangsar Shopping Centre hari ini.

Antara 18 perisa yang ditawarkan Dome Cafe Malaysia.

Katanya, antara perisa yang menjadi pilihan utama adalah Very Berry, Sour Cherry Yoghurt, Yuzu, Bacio, Cheesecake, Rocher Rocher, Kickers dan banyak lagi.

Menurut Yusairi, buat masa ini, gelato tersebut hanya tersedia di dua cawangan iaitu di Bangsar Shopping Centre dan Suria KLCC.

“Kami masih dalam perancangan untuk menghadirkan hidangan pencuci mulut ini di lima buah cawangan DÔME dalam masa terdekat”.

Gelato itu dijual dengan harga bermula serendah RM10 setiap satu skup, RM18 untuk

Menurut Yusairi, para peminat gelato boleh menikmati pencuci mulut itu dengan harga serendah RM10 satu skup, dan RM18 untuk dua skup.
Jika dinikmati bersama kon pengguna perlu membayar RM11 untuk satu skup dan RM18 untuk dua skup.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This