Hendaklah Setiap Diri Memperhatikan Apa Yang Telah Diperbuatnya Untuk Hari Esok (Akhirat)

Dari Penulis

Kita perlu sentiasa merasai kewujudan Allah agar kita mempraktikkan Islam sebaik mungkin, bukan sahaja di dalam masjid, tetapi juga di luar masjid. Bukan hanya pada waktu-waktu yang tertentu, sebaliknya dalam setiap perkara yang dilakukan.

Allah telah menurunkan al-Quran yang bukan hanya relevan kepada para sahabat Nabi s.a.w, tetapi akan terus relevan sehingga hari kebangkitan kelak. Dia telah menurunkan wahyu yang memberi pesanan penting mengenai masa dalam surah al-Hasyr.

Kita kini berada pada zaman yang berubah, tetapi bagi Allah masa lalu, sekarang dan akan datang adalah sama. Kita yang melalui perubahan-perubahan itu.

Jadi kita perlu menyedari bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan tidak terhad pada waktu tertentu. Sebaliknya ia relevan sepanjang masa. Allah berfirman dalam surah al-Hasyr: 18,

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Dalam ayat ini, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati-Nya, dan juga memberitahu, kita perlu memandang masa hadapan. Kita tidak harus terperangkap dalam ruang waktu sekarang. Sebaliknya, perlu mengaitkan diri dengan apa yang sedang berlaku, dan ke arah mana kita tuju, sebagai Muslim dan manusia.

Hari ini kita lihat gempa bumi, banjir, kemarau dan sebagainya, kian kerap berlaku, serta bertambah buruk daripada sebelumnya. Sungguhpun begitu, apabila ‘diperingatkan’ dengan perkara-perkara ini, kita tidak mengambil endah.

Ingatan Dalam Ruang Dan Waktu

Allah memperingatkan kita, dalam ayat- ayat al-Quran yang melepasi ruang waktu, dan boleh diaplikasi sekarang. Dalam surah al-Anbiyaa’, 1-3 Allah berfirman,

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main (lagi) hati mereka dalam keadaan lalai….”

Kita lihat sahaja hari ini, ramai yang sangat meminati sukan dan permainan. Tidak dinafikan aktiviti sebegitu baik untuk manusia, malah adalah sebahagian daripada sunah Nabi s.a.w.

Bagaimanapun, jika menonton lelaki dewasa memasukkan bola ke dalam jaring yang kecil dianggap lebih penting daripada kanak-kanak yang mati ditembak, penularan virus seperti covid dan sebagainya, ada sesuatu yang tidak kena.

Ingatlah ayat ini “…mereka bermain-main, (lagi) hati mereka dalam keadaan lalai….” Kita hidup dalam ilusi sebuah peradaban, ilusi keamanan serta keselamatan, dan ilusi pendidikan. Adalah amat penting bagi manusia seluruhnya, bukan hanya Muslim, untuk merenung kembali sebelum terlambat.

Contohnya, jika pergerakan seismos (Gelombang seismos ialah gelombang-gelombang tenaga yang bergerak melalui lapisan-lapisan bumi, dan diakibatkan oleh  gempa bumi, letupan/letusan, atau gunung berapi yang mengeluarkan tenaga akustik berfrekuensi rendah) di Timur Lautan Atlantik mencapai satu tahap, ia akan mengakibatkan ombak besar yang boleh menghancurkan kawasan pantai timur Amerika Syarikat.

Ke mana kekayaan digunakan

Maka manusia secara umumnya perlu menilai kembali bagaimana kita menggunakan kekayaan, dan menjalani kehidupan sebelum terlambat. Daripada laporan-laporan yang dibaca, dalam peradaban sekarang, perbelanjaan paling banyak digunakan untuk senjata, dan kedua terbanyak ialah rekreasi, terutama di negara-negara barat.

Lebih mengejutkan, kajian menunjukkan daripada perbelanjaan rekreasi itu pada 2008, pornografi membawa keuntungan $97 bilion. Jumlah tersebut lebih besar daripada keuntungan Microsoft, Ebay, Google, Yahoo dan Apple.

Paling menakutkan, golongan yang menonton bahan-bahan lucah itu ialah mereka yang berusia antara 12 – 17 tahun. Begitu juga dengan permainan video ganas dan tidak menghormati wanita. Maka kita berhadapan dengan generasi muda yang minda mereka telah dirosakkan dengan bahan-bahan lucah dan ganas. Mereka ini mampu berbuat apa sahaja.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Jika kamu tidak mempunyai perasaan malu (haya’) maka lakukanlah apa yang kamu mahu lakukan.” Dalam perkataan lain, manusia mampu melakukan apa sahaja jika perasaan malu tidak ada lagi dalam diri mereka.

Umat Islam pula kian bertambah jumlahnya. Walaupun pelbagai imej negatif disebarkan mengenai Islam, agama ini menarik hati orang di seluruh dunia, termasuk di Eropah yang menjadi benteng Perang Salib dahulu.

Sekarang lebih ramai yang mengakui kewujudan dan ke-Esaan Tuhan, mempercayai kesemua nabi termasuk Muhammad s.a.w, bersembahyang, berpuasa, bersedekah, dan cuba untuk tidak bersikap rasis. Itu adalah perkara-perkara yang baik. Bagi yang percaya kepada ketinggian peradaban dan moraliti, ia merupakan sesuatu yang perlu diraikan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sukakan keburukan, yang mengumpul kekayaan dengan pronografi, menjual arak serta dadah, dan aktiviti judi, ini menjadi satu masalah.

Apa salahnya menjadi Muslim atau perkataan Islam itu sendiri? Sekarang mereka menggelar kita Islamist dengan maksud dan imej negatif. Tidak ada istilah Islamist, malah daripada segi bahasa juga ia salah. Wallahu a’lam

_____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This