Apabila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, Baginda s.a.w. membentuk masyarakat yang berpendidikan sivik; bagaimana menjadi manusia yang menghormati agama lain, alam sekitar, menegakkan keadilan, serta menolong orang miskin dan memerlukan bantuan.
Baginda s.a.w bersabda, “Sebarkanlah salam, berilah salam sesama kamu, berilah makanan kepada golongan miskin, jalinkan silaturahim, dirikanlah solat pada waktu malam sedang orang lain tidur, kemudian kamu akan masuk syurga dengan aman.”
Malah Baginda juga mengajar, jika kita membuang sesuatu yang berbahaya di jalan pun, ia dianggap sebagai sedekah. Jika kita berkasih sayang di bumi, maka yang di langit juga akan mengasihi dan menyayangi yang di bumi. Inilah antara pendidikan sivik yang diajari Nabi s.a.w.
Maka Islam sebeginilah yang dikatakan rahmatan ‘alami atau rahmat kepada sekian alam. Jika diamalkan dengan betul, Islam boleh menghapuskan rasisme dan mewujudkan masyarakat berasaskan keadilan.
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh untuk kita. Adalah amat penting bagi kita umat Islam membawa ajaran wahyu ini. Kita diingatkan agar bertakwa, sentiasa sedar dan peka tentang Allah. Isu penting bagi umat Islam hari ini ialah, betapa dekatnya mereka dengan Allah.
Selain itu ialah keperibadian umat Islam. Rasulullah s.a.w mengingatkan, bahawa ada orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya kecuali lapar dan dahaga. Ada pula yang solat pada waktu malam, dan apa yang mereka dapat ialah tidak tidur. Bermakna ibadah mereka tidak membawa perubahan kepada keperibadian.
Kita tidak boleh mengharapkan pertolongan daripada Allah kecuali kita berusaha mengubah diri daripada dalam. Ini dinyatakan-Nya dalam surah ar-Rad: 11,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Penting juga kita memikirkan manusia sebagai satu kumpulan. Ibnu Taimiyah dalam membincangkan apakah perkara-perkara yang menjadikan kita manusia, dan umat Islam yang lebih tinggi kedudukannya, menyebut mengenai tiga perkara:berfikir secara kolektif. Kita perlu berfikir sebagai satu kumpulan. Jika sesuatu berlaku kepada saudara kita di Afrika, Timur Tengah, Eropah dan sebagainya, kita tidak harus berfikir ia tidak ada kena mengena dengan kita. Sebaliknya kita perlu meletakkan identiti diri sebagai Muslim dengan orang lain, dan menghulurkan bantuan.
Pertama: Ijtima’ berfikir secara kolektif. Kita perlu berfikir sebagai satu kumpulan. Jika sesuatu berlaku kepada saudara kita di Afrika, Timur Tengah, Eropah dan sebagainya, kita tidak harus berfikir ia tidak ada kena mengena dengan kita. Sebaliknya kita perlu meletakkan identiti diri sebagai Muslim dengan orang lain, dan menghulurkan bantuan.
Kedua: Taawun, bekerjasama sesama manusia
Ketiga: Tanassur, saling bantu membantu
Ini ialah konsep yang penting. Tiga kualiti ini akan menjadikan kita ‘manusia’ dan membawa kita kembali ke jalan yang benar. Perpaduan sebegini sangat penting pada waktu ini.
Betapa perlunya kita menyemak kembali apa yang ada di dalam hati, menganalisis diri sendiri dan berterusan menghidupkan roh sebenar ibadah puasa, solat, korban dan segala ibadah yang kita lakukan.Wallahu a’lam
______________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

