Raja Ilya hamil lima bulan

Dari Penulis

PELAKON Raja Ilya berkongsi khabar gembira bahawa dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Ilya yang kini menetap di Australia turut meluahkan rasa bersyukur selepas tiga tahun berkahwin dengan suaminya Trent Garret, kini mereka bakal bergelar ibu dan bapa.

“Syukur Alhamdulillah, ya betul saya mengandung. Tak sabar sebenarnya nak kongis berita ini dengan semua.

“Oleh kerana masa dan situasi tidak mengizinkkan, jadi kami bercadang untuk kongsi pada hari ini (Ahad).

“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kami gembira sangat dekat sini (Australia).

“Walaupun hati rindu nak balik Malaysia dan nak balik Ipoh, Perak berjumpa dengan keluarga.

“Rindu nak pergi set penggambaran jumpa kawan-kawan. Sejujurnya, rasa kempunan rindu itu lebih daripada kempunan nak makan masa mengandung ini,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad dijangka akan bersalin pada Julai hadapan di Austrlaia.

Justeru, pelakon filem Pilot Cafe itu turut meminta tips dan panduan daripada pengikut Instagramnya berkaitan kehamilan.

“Memandangkan saya akan bersalin di Australia, saya harap ramai boleh kongsi tips dekat saya.

“Satu perkara yang saya alami dalam lima bulan ini, bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu tapi dalam masa sama, rasa teruja dan bersyukur.

“Terimaa kasih untuk semua ucapan, kasih sayang dan sokongan semua orang selama ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent pada Disember 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This