PRN Johor: Tiada arahan pesakit COVID-19 boleh mengundi – KKM

Dari Penulis


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan rakaman audio yang mendakwa jabatan itu ada menyediakan saluran mengundi untuk individu positif COVID-19 pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.


Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, KKM memaklumkan tidak pernah mengeluarkan arahan seperti dinyatakan dalam rakaman audio berkenaan.


“Justeru sila abaikan rakaman audio berkenaan dan ikuti arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN)/Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang berkuatkuasa,” kata kenyataan itu hari ini.


Mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan SPR, pengundi yang berstatus COVID-19 positif, mereka adalah tidak dibenarkan keluar dari tempat mereka sedang menerima rawatan termasuk di rumah.


Ini kerana pesakit masih dalam rawatan dan sememangnya masih berjangkit dan boleh menyebabkan penularan jangkitan kepada orang lain selagi mana masih dalam rawatan.


Namun bagi pengundi berstatus patient under investigation (PUI) dan person under surveillance (PUS) yang inginmengundi, mereka hendaklah memohon kebenaran dari Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan, untukkeluar sementara ke Pusat Mengundi.


Kebenaran ini adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh Pegawai Kesihatan Daerah tersebut dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yangditetapkan oleh KKM.


Rakaman video berdurasi 1.08 saat itu menyatakan pesakit yang positif COVID-19 yang ingin keluar mengundi perlu memaklumkan kepada KKM mengenai hasrat mereka mengundi.


Dakwa rakaman audio itu lagi, KKM akan menjemput pesakit ke pusat pengundian dan menghantar mereka semula ke tempat mereka menerima rawatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This