Selepas Kekasihku, Madam tampil dengan Nona

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAND rock pertama Rocketfuel Entertainment, Madam yang dianggotai empat pemuzik muda berbakat, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul Nona. 

Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri.

“Buat pertama kalinya, Madam muncul dengan single cetusan ilham kami sendiri tanpa penglibatan mana-mana komposer luar. 

“Saya sendiri yang menulis lirik Nona manakala melodinya pula disempurnakan oleh kami berempat” jelas Putera.

Single terakhir Madam berjudul Kekasihku telah dilancarkan hampir setahun yang lepas, setelah itu band tersebut agak sepi tanpa kehadiran single baharu.

“Selepas muncul dengan tiga single hasil ciptaan komposer lain sebelum ini, kami berbincang dengan pihak Rocketfuel untuk menghasilkan karya sendiri dan setelah beberapa kali perbincangan dilakukan serta beberapa lagu dicadangkan, barulah proses rakaman Nona dapat dimulakan. 

“Memandangkan ini pertama kali kami menghasilkan sebuah lagu secara langsung dari awal sehingga akhir, sedikit masa diperlukan untuk memastikan karya yang kami ciptakan adalah memuaskan dan sesuai dengan selera pasaran masa kini,” kata Azuan.

Lagu berjudul Nona ini menceritakan tentang sebuah kisah bagaimana seorang lelaki yang bertemu dengan seorang wanita lalu jatuh cinta dengan keindahan paras dan peribadi wanita itu. 

“Nona yang merupakan panggilan buat gadis-gadis yang belum berkahwin merupakan lagu tentang cinta yang ingin dibawa ke akhir hayat,” terang Herman.

Masih mengekalkan genre rock yang merupakan ‘trademark’ Madam, namun menariknya lagu Nona ini, ia diberikan kelainan dengan suntikan elemen muzik nusantara atau Kemelayuan dalam paduan moden yang lebih rancak. 

“Kami sengaja membawa ‘mood’ yang lebih gembira dalam lagu ini berbanding sebelumnya, kerana single-single kami terdahulu hadir dengan nada yang sedih, dan dengan terlahirnya Nona, ia menanda kematangan Madam dalam membawa muzik rock yang pelbagai.

“Hampir sebulan tempoh yang diperuntukkan untuk menyiapkan Nona. Proses rakaman memakan masa selama tiga hari saja, manakala proses pengubahsuaian serta mixing mengambil masa yang lama demi mencari dan membentuk muzik mengikut citarasa kami,” tambah Fadhil.

Video muzik (MV) Madam pada kali ini keluar dari imej kebiasaan mereka sebelumnya, dengan menampilkan sesuatu yang baharu, tema estetika Jepun dipilih dengan menggambarkan Nona sebagai seorang gadis geisha.

Madam yang bermaksud ‘Men of Another Day Another Music’ semakin berkembang secara muzikal sebagai sebuah band rock dengan menampilkan pendekatan tersendiri.

“Banyak perubahan yang kami rasakan sejak awal kemunculan hingga sekarang. Kini, kami lebih terbuka untuk menerima genre muzik lain, dan dengan munculnya Nona, kelainan yang kami terapkan adalah dari segi pemilihan bunyi, instrumen dan elemen,” ujar Putera.

Akhiri Putera, “Setelah jurang masa yang agak lama dengan single sebelum ini, Madam berharap agar single Nona dapat mengubati rindu buat peminat dan mendapat tempat di hati pendengar, bukan sahaja peminat bahkan pendengar baru yang belum mengenali Madam seterusnya menaikkan lagi nilai muat turun dan jumlah tontonan.

“Semoga karya seperti ini diharapkan mampu mengukuhkan lagi kedudukan Madam dalam memeriahkan industri muzik tanah air,” ujarnya.

Lagu Nona boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This