KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan pemangkin kepada kestabilan masa depan rakyat negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan bergaya dalam PRN Johor.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan kemenangan itu merupakan hasil kerja keras kepemimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan.
Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah keluar mengundi.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Kiraan tak rasmi BN dapat 38 kerusi – Ahmad Maslan
“Tahniah BN di atas kemenangan dalam PRN Johor.
“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan BN.
“Masa untuk kestabilan masa depan rakyat Johor,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.
Bernama menerusi media sosial melaporkan BN sudah menguasai 31 kerusi DUN Johor secara tidak rasmi setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
PRN Johor menyaksikan 56 kerusi DUN dipertandingkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

