(RASMI) PRN Johor: SPR umum BN sudah lepasi majoriti mudah

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) diisytiharkan berjaya membentuk kerajaan negeri Johor.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Ini setelah BN secara rasmi memenangi 29 daripada 56 kerusi DUN Johor setakat pengiraan pada jam 11.15 malam ini,” katanya pada sidang media ringkas.

Abdul Ghani dijadualkan mengadakan sidang media penuh selepas keputusan rasmi penuh diperoleh.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula memaklumkan yang BN memperoleh 38 kerusi berdasarkan kiraan tak rasmi setakat ini.

Jumlah itu jika disahkan menunjukkan BN berjaya memperoleh undia dua pertiga seperti disasarkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This