Astro ‘kunci’ 4 novel terlaris karya Siti Rosmizah

Dari Penulis

PIHAK Astro mengumumkan pemeteraian kerjasama jangka masa panjang bersama penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail menerusi syarikat produksi miliknya iaitu SR One Sdn. Bhd.

Kolaborasi ini menunjukkan keazaman Astro dalam mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penyiaran tersebut sebagai hub utama negara untuk pembikin-pembikin drama mahupun kandungan yang berprestij dengan ‘mengunci’ empat buah novel hasil nukilan penulis prolifik tersebut.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kerjasama itu membuktikan kemampuan pihaknya untuk berdaya saing dalam industri yang amat kompetitif dengan membawa kandungan berkualiti tinggi.

“Kami juga membawakan kandungan premium untuk tatapan penonton-penonton. Dengan kehadiran Siti Rosmizah yang konsisten dalam slot-slot drama di Astro, para penonton pastinya akan berpuas hati dengan seleksi kandungan kami.

“Selain daripada itu, novel-novel yang akan diadaptasi bukanlah calang-calang novel kerana ia merupakan antara yang terlaris dan top-selling di negara kita.

“Sudah pastinya bagi mereka yang sudah membaca novel-novel ini tidak sabar untuk melihat karya tersebut diangkat ke kaca televisyen mahupun di peranti mudah alih.

“Bagi pihak Astro, kami berharap seleksi hasil karya Siti Rosmizah ini mampu menarik ramai lagi peminat-peminat drama ke platform kami.

“Kami menjanjikan kepuasan yang maksimum dengan kualiti produksi, arahan dan lakonan yang unggul. Kami turut berharap kerjasama bersama penulis prolifik ini berterusan dan mengecapi kejayaan yang berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, bagi Siti Rosmizah pula, dia serta Astro mempunyai visi dan misi yang sama untuk mencapai satu sasaran menerbitkan drama-drama yang berkualiti.

“Itu antara nadi kepada kolaborasi bersama Astro pada kali ini. Ternyata pengalaman yang baik menerusi drama-drama saya yang lalu membuatkan saya senang berkolaborasi dengan pihak Astro.

“Saya rasa diri saya amat dihargai apabila diberi ruang untuk berkarya dan sentiasa mendapat sokongan padu daripada wakil pihak Astro. Saya suka cara kerja pasukkan Astro yang begitu komited dan dedikasi serta profesional.

“Dengan kerjasama ini, saya berharap drama-drama yang dipertontonkan mampu mendapat rating yang tinggi dan menjadikan seleksi drama ini
rancangan nombor satu di Malaysia.

“Setiap drama ada tarikan dan kekuatan masing- masing. Keunikan plot dan garapan cerita yang lain bagi setiap drama. Yang pasti penonton akan suka dan teruja serta tak sabar untuk menonton kerana karya-karya ini memang dah lama dinantikan oleh penonton-penonton di luar sana untuk diadaptasi,” ujarnya.

Tambah Siti Rosmizah lagi, ke semua pemilihan novel yang akan diangkat ke televisyen itu merupakan hasil karya terbaik yang pernah dihasilkan.

“Penonton wajib melihat drama adaptasi daripada karya-karya saya sebab inilah antara ‘masterpiece’ yang terbaik pernah disimpan untuk sekian lama.

“Yang pasti penonton akan berpuas hati dan drama ini akan menjadi fenomena seperti karya saya yang lain iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu, Curi-Curi Cinta dan Rindu Awak Separuh Nyawa. Yang pasti lagi hebat!,” tuturnya.

Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku bakal menemui peminat-peminat drama di Astro bermula bulan Mac ini sehingga 2023.

Penjualan novel- novel tersebut telah mencecah lebih daripada setengah juta naskah dan merupakan antara novel yang terlaris.

Garapan naratif Siti Rosmizah yang berpaksikan pergolakan emosi merupakan kekuatan novelis tersebut yang mampu menarik minat penonton-penonton untuk mengikuti drama- drama beliau.

Watak-watak yang dihasilkannya adalah ikonik dan seringkali menjadi topik perbualan di laman jaringan sosial sehingga sohor kini.

Adaptasi hasil nukilan Siti Rosmizah di platform Astro bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan peminat drama tempatan.

Kejayaan drama-drama adaptasi beliau yang lalu menunjukkan pencapaian rating tinggi yang konsisten. Ini termasuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah menjadi Drama Top Rated untuk tahun 2018 dan Curi-Curi Cinta pula menjadi drama yang mencapai rating tertinggi untuk 2019.

Manakala Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama yang memperoleh rating tertinggi untuk 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This