Jin BTS jalani pembedahan, alami kerosakan tendon di jari telunjuk

Dari Penulis

AHLI kumpulan K-Pop terkenal, The Bangtan Boys (BTS), Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin, 30, mengalami kecederaan di jari telunjuk ketika melakukakn aktiviti harian.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh agensinya, BigHit Music menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.

“Jari telunjuk Jin mengalami kecederaan sewaktu melakukan aktiviti hariannya dan menjalani pemeriksaan serta rawatan bahagian kecemasan hospital berdekatan, Jumaat lalu,” katanya.

Ujarnya lagi, penyanyi itu telah selamat menjalani pembedahan di bahagian jari telunjuk akibat kerosakan tendon.

Jin kini dalam proses pemulihan dan akan kembali bekerja dalam industri seni selepas keadaan kesihatannya kembali seperti sedia kala.

“Selepas berbincang dengan doktor, dia diberitahu perlu menjalani pembedahan kerana sebahagian tendon dalam jarinya sudah rosak. Dia menjalani pembedahan itu pada hari sama,” kata agensi terbabit.

“Pembedahan itu berjalan lancar dan Jin sudah keluar hospital pada Sabtu (semalam). Dia kini berehat dan kena pakai pembalut simen untuk jarinya pulih sepenuhnya.

“Dia cuma akan kembali menyambung aktivitinya apabila sudah sihat. Kami akan terus memberikan sokongan penuh untuk kesembuhan Jin,” jelasnya.

Terdahulu, ahli kumpulan BTS yang lain iaitu Jimin telah selamat menjalani pembedahan apendiks selepas disahkan positif covid-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya sendiri bukan dari keluarga berada” – Kontroversi mulut celupar di Cameron Highlands, Kak Ika tampil jernihkan keadaan, nafi hina golongan B40

SELEPAS teruk dihentam netizen di segenap platform media sosial, usahawan scone yang sedang hangat diperkatakan, Zamzam Zulaikha Abu Shah...

More Articles Like This