SEORANG lelaki warganegara Bangladesh maut dihempap tong pasir dalam satu kejadian di tapak pembinaan dekat Seksyen U5, Shah Alam pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, mangsa dikenali sebagai Akman, 48 tahun maut di tempat kejadian.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kabel mesin yang digunakan untuk mengangkat tong pasir telah terputus semasa kerja-kerja pemindahan pasir dilakukan lalu menghempap mangsa.
“Pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.25 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pemilik Myvi biru rugi RM1,000 selepas dirosakkan wanita berbaju merah
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Buloh bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi pada pukul 12.15 tengah hari dan mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

