BERTEMAKAN Semangat Lebaran Kita, Astro terus komitmen dalam memberikan yang terbaik buat para penonton dengan menyajikan pelbagai rancangan menarik sepanjang bulan Ramadan 1443H.
Antara pengisiannya adalah drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara berbentuk kerohanian, program gaya hidup, realiti dan rancangan istimewa untuk kanak-kanak dan filem-filem blokbuster.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, Semangat Lebaran Kita diangkat sebagai tema tahun ini bagi meraikan bulan ramadan selepas dua tahun mengalami pandemik Covid-19.
Tambahnya lagi, Astro sentiasa mengutamakan penulisan cerita yang padu dan menampilkan pelakon-pelakon hebat serta berbakat bagi memenuhi cita rasa dan kehendak penonton.
“Ramadan tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa buat umat islam kerana sudah dua tahun kita semua tidak dapat meraikan bulan mulia ini dengan sempurna.
“Kami menitikberatkan jalan cerita drama yang memberi dimensi lebih mendalam dan mencerminkan pelbagai corak representasi lapisan masyarakat sebenar,” ujarnya kepada URTV.
Katanya, Astro turut melantik duta-duta Semangat Lebaran Kita untuk berinteraksi dengan penonton di laman sosial tentang rancangan kegemaran mereka seperti Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafiy Ilhan, Wani Kayrie, Yaya Zahir serta Upin & Ipin.
Dalam pada itu, Astro First turut mempersembahkan enam genre drama seperti romantik komedi, seram, misteri fantasi dan aksi, khas buat hiburan pelanggan.
Malah, jenama-jenama Astro Radio seperti Zayan, Era, Sinar dan Gegar turut menyajikan pengisian seperti Tarawikh Talk, Berbuka Johara, Sinar Belanja Sahur, Projek Sejadah dan sebagainya.
Pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucer percutian termasuk tiket penerbangan dan penginapan, tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Reward dari 11 April hingga 11 Mei.
Bahkan, Go Shop turut menawarkan diskaun berganda sehingga RM50 apabila pelanggan menggunakan kod promo ‘GS25’ dan baucer kejutan jam 11.00 pagi dan promosi kejutan jam 9.00 malam, pada setiap hari.