Awal kehamilan tak mudah, Sonam Kapoor teruja kehadiran anak pertama

Dari Penulis

BINTANG Bollywood popular, Sonam Kapoor, 36, mengakui dia mengalami saat sukar apabila berhadapan dengan tempoh kehamilan pada trimester pertama.

Dalam satu temu bual bersama majalah Vogue, Sonam mengatakan, ramai individu berkongsi momen indah tetapi tidak mendedahkan betapa peritnya simptom awal kehamilan.

Katanya, setiap wanita perlu bersiap sedia untuk bergelar sebagai seorang ibu dengan menjaga diri kerana ada nyawa yang perlu dikandung selama sembilan bulan.

“Ia sukar. Tak ada sesiapa yang memberitahu betapa sukarnya fasa kehamilan. Semua orang asyik bercakap betapa indahnya.

“Jika anda nak bawa satu nyawa lagi dalam badan anda, anda pun kena jaga diri juga,” katanya.

Terdahulu, menerusi laman Instagram Sonam, dia memuat naik beberapa gambar bersama suami, Anand Ahuja yang kelihatan teruja untuk menantikan kehadiran cahaya mata sulung dalam keluarganya.

“Empat tangan, untuk membesarkan awak sebaik yang mungkin, dua jiwa yang akan berjalan seiring di setiap langkah perjalanan mu.

“Satu keluarga yang akan memberikan awak kasih sayang serta sokongan. Kami tidak sabar untuk menunggu kedatangan awak,” ujarnya.

Untuk info, Sonam dan Anand telah menjalinkan hubunga percintaan selama empat tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This