Pelayan restoran maut, motosikal bergesel tong sampah dekat Klang

Dari Penulis

SEORANG pelayan restoran berusia 21 tahun maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan tong sampah dalam satu kejadian di Jalan Kampong Delek, Klang, petang semalam.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (gambar kecil) berkata, mangsa Nurul Fazira Abdullah disahkan maut di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.40 malam melibatkan sebuah motosikal Modenas ditunggangi mangsa bersama seorang pembonceng.

“Mangsa dari arah Jalan Sungai Udang menghala ke Kampung Delek, apabila sampai di tempat kejadian telah mergesel dengan tong sampah milik Majlis Perbandaran Klang yang berada di bahu sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis siasat video tular kes halang laluan di Pudu

Ujarnya, mangsa tidak dapat mengawal motosikal dan terbabas di atas jalan raya.

“Penunggang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pembonceng berusia 13 yang cedera di tangan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat dibawah 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status pelarian bukan tiket kebal undang-undang, kata Saifuddin Nasution

STATUS pelarian tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang Malaysia, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau...

More Articles Like This