Perdana Menteri diberi sambutan rasmi di Amiri Diwan Qatar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan sambutan rasmi di Amiri Diwan di Doha hari ini bersempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar.

Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani menyambut Ismail Sabri sebaik sahaja beliau tiba di Amir Diwan pada pukul 11 pagi waktu tempatan. 

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebelum kedua-dua pemimpin itu memeriksa barisan kawalan kehormat oleh Pengawal Istiadat Amiri.

Amiri Diwan adalah dewan pemerintahan Negara Qatar. Ia adalah badan berdaulat dan pejabat pentadbiran Amir Qatar.

Selepas upacara sambutan rasmi itu, Ismail Sabri dan  delegasi Malaysia menghadap Amir Qatar sebelum menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan baginda bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri.

Baca: PM tiba di Qatar untuk lawatan rasmi tiga hari

PM terima surat komitmen pelaburan AS$360 juta dari syarikat Qatar

Ini merupakan lawatan julung kali Ismail Sabri ke Qatar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas.  Beliau tiba di Doha pada Sabtu.

Delegasi Malaysia ke Qatar termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kerja Raya  Datuk Arthur Joseph Kurup dan Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Perdana Menteri akan mengadakan satu sidang akhbar bersama media Malaysia di Hotel St Regis sebelum berlepas ke Dubai hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This