SEORANG wanita warga emas yang tiba-tiba pitam ketika hendak parkir kenderaannya merempuh sebuah kedai makan dalam satu kejadian di Batu 13, Hulu Langat, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.50 tengah hari membabitkan wanita berusia 63 tahun yang memandu sebuah Toyota Vios.
Katanya, wanita itu ingin menekan brek, tetapi secara tiba-tiba pitam lalu tertekan pedal minyak yang kemudian melanggar sebuah motosikal sebelum meluru masuk ke dalam kedai.
“Akibat rempuhan itu seorang pelanggan wanita yang sedang mengambil makanan cedera dan telah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: 2 penyamun nenek dekat Bandar Tun Razak dicekup polis
Tambahnya, pelanggan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik kedai berdepan masalah kerosakan harta benda.
“Siasatan lanjut dijalankan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan”.
Sehubungan itu, pihaknya menasihati pengusaha premis perniagaan makanan agar memasang besi keselamatan atau sesuatu struktur yang kukuh supaya dapat mengelakkan kemalangan yang seumpamanya berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

