Kedutaan Besar Malaysia di Doha keluarkan amaran penyebaran berita tidak sahih di Qatar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEDUTAAN Besar Malaysia di Doha mengeluarkan amaran penyebaran berita-berita tidak sahih mengenai keadaan semasa di Qatar.

Kedutaan itu dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu dilihat semakin membimbangkan mutakhir ini.

Pesan Kedutaan tersebut, semua rakyat Malaysia di Qatar adalah dinasihatkan untuk hanya merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar, khususnya Kementerian Dalam Negeri Qatar.

“Rakyat Malaysia juga perlu mengekang diri daripada menyebarkan maklumat yang tidak disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan awam. 

“Semua rakyat Malaysia di sini perlu sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Qatar serta mengutamakan keselamatan kendiri,” jelas Kedutaan tersebut.

Kedutaan itu menambah, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan sama ada melalui telefon: +974 3374 6733 (24 jam) ataupun rmel: [email protected]

“Semoga semua rakyat Malaysia di Qatar terus dilindungi dan dikurniakan dengan keselamatan,” tambah Kedutaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This