Yasin perlukan rawatan pemulihan bukan dipenjarakan – Wardina Saffiyah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan bekas pengacara Wardina Safiyyah meletakkan harapan agar penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiiman tidak dipenjarakan namun sebaliknya perlu diberi bantuan rawatan pemulihan.

Ujar Wardina aatau Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,43, juga memohon agar hukuman gantung sampai mati terhadap penyanyi Mimpi Laila itu tidak relevan jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah seperti rogol yang tidak dikenakan hukuman mati.

“Pembunuh dan perogol pun tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tidak wajar hidup dalam penjara dan menanti hukuman gantung sampai mati hanya disebabkan menanam beberapa pasu tumbuhan (ganja).

“Dia perlu dirawat kerana mempunyai masalah kesihatan mental (bipolar) dan memerlukan sokongan dan pemulihan,” katanya.

Wardina menyifatkan Yasin seorang rakan yang baik dan memiliki bakat besar dalam bidang yang diceburi.

“Dia seorang sahabat yang berbakat, bijak, baik hati dan berani. Saya doakan semoga dia kuat dan berada dalam keadaan baik untuk menempuhi dugaan ini dengan tenang.

“Hati saya hancur kerana dia tidak sepatutnya menerima hukuman ini. Bebaskan dia dari penjara dan bantu dia,” ujarynya.

Terdahulu, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 31 Mac lalu atas dakwaan memiliki dadah dan menanam 17 pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3)akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya sendiri bukan dari keluarga berada” – Kontroversi mulut celupar di Cameron Highlands, Kak Ika tampil jernihkan keadaan, nafi hina golongan B40

SELEPAS teruk dihentam netizen di segenap platform media sosial, usahawan scone yang sedang hangat diperkatakan, Zamzam Zulaikha Abu Shah...

More Articles Like This