Tangkap layar seorang pondan memeluk De Vreese sebelum menyedari rantai lehernya hilang.

SEORANG pelancong Belgium terpaksa berputih mata selepas rantai leher emas yang dipakai dicuri seorang pondan ketika bersiar-siar di bandar Bangkok pada hujung bulan lalu.

Memetik laporan Mothership.sg, yang disiarkan semalam, pemuda berusia 25 tahun itu memuat naik video kejadian tersebut di laman Instagram yang dirakam ketika membuat vlog dirinya bersiar-siar di Sukhumvit Soi 21, Bangkok.

Frederik de Vreese  mengatakan dia meminta pertolongan bagi mengesan individu tersebut yang mendekatinya lalu memeluk sebelum 10 saat kemudian rantai lehernya hilang dan masih tersenyum ke arah kamera.

Baca artikle berkaitan: Polis tahan wanita berbelanja guna kad ATM jumpa, bayar cara ‘Pay Wave’

Dalam video itu jelas menunjukkan De Vreese langsung tidak menyedari pondan yang memeluknya berjaya mencuri rantai leher miliknya.

Dia hanya menyedari kehilangan rantai emas itu selepas melihat semula rakaman video miliknya dan satu laporan polis telah dibuat.

De Vreese mengatakan dia tidak mengenali “wanita” itu.

Dia berharap rantai itu dapat diperoleh semula disebabkan ia mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana telah diberikan oleh datuknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram