KESATUAN Eropah (EU) mengiktiraf usaha industri sawit negara dalam meningkatkan tahap kemampanannya secara keseluruhan terutama melalui skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Commissioner for Environment, Water Resilience and a Competitive Circular Economy EU, Jessika Roswall di Belgium.
Dalam pertemuan itu, Johari berkata, beliau turut berkongsi perkembangan semasa mengenai industri minyak sawit Malaysia serta komitmen negara terhadap agenda kemampanan dunia.
“Roswall mengiktiraf usaha industri minyak sawit Malaysia dalam meningkatkan tahap kemampanan industri sawit secara keseluruhan, terutama skim MSPO dalam menjamin pengeluaran minyak sawit mampan.
Baca artikel lain: Najib guna Jho Low untuk terima wang 1MDB – Pendakwaan
“Malaysia juga menjemput Roswall membuat lawatan ke Malaysia untuk melihat sendiri operasi perladangan dan pensijilan kemampanan industri sawit negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MSPO, Hafizin Tajudin.
Johari ketika ini mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium serta bertemu pemimpin EU.
Lawatan Anwar itu turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

