Kanak-kanak pamer aksi bahaya: Kertas siasatan dirujuk TPR

Dari Penulis

KERTAS siasatan berhubung tiga kanak-kanak yang melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak di Tambun di sini, baru-baru ini sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bapa kepada kanak-kanak itu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihaknya selesai merakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Sepatutnya bapa kepada kanak-kanak itu perlu lebih bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anaknya dan tidak sepatutnya membenarkan aksi sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas melawat hari pertama sesi baharu persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan di Jalan Batu Bungkal di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis tahan wanita berbelanja guna kad ATM jumpa, bayar cara ‘Pay Wave’

Media sebelum ini melaporkan polis menahan lelaki berusia 37 tahun itu di Sunway City di sini pada pukul 9.30 malam, 24 Mac lalu.

Terdahulu, polis menyiasat isu rakaman video menunjukkan aksi berbahaya tiga kanak-kanak dalam sebuah kereta dipercayai dirakamkan di Jalan Tambun, yang tular di laman sosial Facebook.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This