Kenapa Sedekah Secara Sembunyi Lebih Baik Dari Menunjuk?

Dari Penulis

Perihal sedekah telah Allah S.W.T. tekankan dalam surah al-Hadid: 18,

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.”

Surah itu secara khusus menyebut orang lelaki dan perempuan yang bersedekah. Dan memberikan pinjam kepada Allah pinjaman yang baik. Di situ, yang dimaksudkan dengan pinjaman kepada Allah adalah menyerahkan harta dengan niat ikhlas mengharap reda Allah. Bahkan tidak mengharapkan balasan dari orang yang diberi dan tidak pula mengharap ucapan terima kasih.

Kerana itu, Allah menerima kebaikan mereka dengan balasan sepuluh kali ganda dan ditambah hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan lebih dari itu. Bagi mereka pahala yang banyak, balasan baik yang melimpah, tempat kembali yang baik dan tempat tinggal yang mulia.

Untuk lebih jelas lagi ayat itu diterangkan pula dengan surah at-Taubah ayat 79,

Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” 

Ayat di atas memerihalkan tentang orang munafik menghina orang Islam yang mengeluarkan sedekah. Jika seseorang datang membawa harta yang banyak untuk disedekahkan mereka akan mengatakan itu adalah riya’.

Sebaliknya jika seseorang datang dengan membawa sedekah yang sedikit lalu dikata, “Sesungguhnya Allah tidak memerlukan sedekah yang sedikit.”

Hal itu diceritakan dalam hadis riwayat Bukhari, dari Abu Masud ia berkata,

“Tatkala turun ayat sedekah kami memikul barang di atas punggung kami lalu ada orang yang datang bersedekah dengan jumlah yang banyak, Mereka berkata, “Orang ini riya’” kemudian datang orang lain dengan membawa sedekah satu sha’. Lantas mereka berkata, “Sungguh Allah tidak memerlukan daripada sedekah seperti ini.”

Lagi satu, janganlah kita bersedekah kemudian menceritakannya kepada orang lain, mengungkit dan bersikap riya’. Sepatutnya sedekah adalah seperti yang disebutkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Dan lelaki yang bersedekah lalu menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya. Dan, firman Allah, “Dan apabila kalian menyembunyikan dan memberikannya kepada orang-orang miskin, maka itu lebih baik bagi kamu.” (al-Baqarah; 271). Dan apabila bersedekah kepada orang kaya sedang ia tidak mengetahuinya.”

Apabila tangan kanan memberi maka tangan kiri pun tidak boleh tahu. Analoginya sedekah itu tidak perlu diberitahu kepada sesiapa dan tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain. Sedangkan tangan kiri anggota yang paling dekat dengan kita pun tidak boleh tahu apa lagi orang lain.

Menurut Ibn Athiyah, sedekah wajib secara sembunyi-sembunyi adalah lebih utama kerana orang yang tidak mengeluarkannya cukup banyak hingga siapa yang bersedekah itu menjadi situasi riya’. Wallahu a’lam

_____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This