6 Amalan terbaik di Hari Arafah

Dari Penulis

Hari Arafah adalah antara hari yang sangat dimuliakan dalam Islam. Ia merujuk pada 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha di mana pada hari itu umat Islam yang mengerjakan ibadah haji akan berwukuf (berhenti) di Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji. Dan disebabkan itulah ia dinamakan Hari Arafah. Sabda Baginda s.a.w.

Haji itu adalah wukuf di Arafah

Walaupun Hari Arafah sinonim dengan ibadah wukuf untuk jemaah haji di Padang Arafah, namun umat Islam yang tidak menunaikan haji juga digalakkan merebut kelebihan hari mulia itu dengan memperbanyakkan amalan soleh.

Antara amalan soleh yang sangat digalakkan ialah:

Pertama: Memperbanyakkan doa

Hari Arafah juga dikenal sebagai hari di mana Allah S.W.T. akan mengabulkan doa hamba-hamba Nya yang meminta. Dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. bersabda,

“Sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah” (HR Tirmizi)

Waktu terbaik berdoa jika di Arab Saudi adalah mengikut waktu wukuf di Arafah iaitu bermula selepas tergelincirnya matahari pada waktu Zohor sehinggalah terbenamnya matahari pada waktu Maghrib.

Namun bagi yang berada di Malaysia, maka mereka boleh berdoa bermula daripada masuknya 9 Zulhijjah mengikut waktu tempatan (jam 7 malam ). Menurut majoriti ulama termasuk Syeikh Wahbah az-Zuhaili seluruh hari 9 Zulhijjah adalah waktu mustajab untuk berdoa bersandarkan pada hadis di atas “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah” dan bukan waktu wukuf semata.   

Akan tetapi jika ingin menyelaraskan dengan kemuliaan wukuf di Arafah (waktu Arab Saudi) kita di Malaysia boleh mula berdoa pada jam 5.30 petang sehingga 12.00 pagi. Sebaiknya manfaatkan waktu selepas Asar hingga Maghrib saat di mana orang berpuasa sangat mustajab doanya kerana diwaktu itu juga Allah menjanjikan waktu berbuka puasa adalah waktu doa dimakbulkan Allah.

Kedua: Berpuasa sunat Hari Arafah

Bagi yang tidak mengerjakan haji, mereka digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut kerana dijanjikan ganjaran luar biasa dari Allah S.W.T.

Menurut Abi Qatadah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, apabila ditanya tentang puasa pada Hari Arafah, 

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang” (HR Muslim)

Bagaimanapun puasa sunat ini tidak disyariatkan kepada jemaah haji yang sedang berwukuf.

Ketiga: Memperbanyakkan istighfar (memohon keampunan)

Hari Arafah juga disebut sebagai hari pelepasan daripada api neraka. Ia membuka ruang dan peluang besar untuk umat Islam memohon keampunan atas segala dosa yang lalu. Daripada Aisyah r.ha bahawa Nabi s.a.w. bersabda

 “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah” (HR Muslim)

Keempat: Memperbanyakkan berzikir

Menghidupkan Hari Arafah dengan amalan berzikir adalah sangat digalakkan. Antara zikir yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. ialah,

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik perkataan yang aku ucapkan begitu juga para Nabi sebelumku adalah “Laa Ilahaillallahu wahdahu laa syarikalah. Lahul mulku walahulhamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa a’lla kulli syai’in qadiir” (HR Tirmizi)

(Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya. Milik Nya kerajaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”

Kelima: Memperbanyakkan bersedekah

Hari Arafah juga masa terbaik untuk bersedekah walaupun dengan jumlah kecil tetapi ganjarannya dilipat gandakan, dan ia dapat menyucikan harta serta membuka pintu rezeki. Firman Allah dalam surah at-Taubah: 103, 

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).

Keenam: Membaca al-Quran

Gunakan Hari Arafah dengan membaca al-Quran. Ia bukan sekadar ibadah, malah juga sumber ketenangan dan keberkatan untuk mendekatkan diri dengan Allah. 

Jangan terlepas Hari Arafah. Ia datang hanya sekali dalam setahun. Hari di mana Allah membuka pintu langit seluas-luasnya untuk hamba-hamba Nya. Ayuh gandakan pahala, bersihkan jiwa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Wallahu a’lam 

_____________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This