SYARIKAT farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (Pharmaniaga) menerima 48,000 stok pil Paxlovid keluaran Pfizer, semalam yang boleh digunakan untuk merawat penyakit disebabkan Covid-19
Ubat Paxlovid (PF-07321332 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) adalah ubat antiviral yang digunakan untuk merawat Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ubat itu disyorkan untuk rawatan pesakit Covid-19 dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala yang teruk.
“Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi Covid-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelakkan dijangkiti Covid-19.
“Penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan Covid-19 iaitu ubat antiviral untuk aspek rawatan wabak tersebut.

BERITA BERKAITAN Lebih 132,390 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19
“Ia diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 dan dalam tempoh masa lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Malaysia telah meluluskan penggunaan pil Paxlovid secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.
Dr Noor Hisham berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370.
Katanya, pil berkenaan membabitkan gabungan molekul baharu, PF-07321332 dan ritonavir antiviral HIV yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.
Awal Mac lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu KKM telah membeli sejumlah bekalan Paxlovid untuk kegunaan 110,000 pesakit COVID-19 di seluruh negara dan akan diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

