COVID-19: Varian BA.5.2, BF.7 dikesan sejak Mac, Ogos 2022

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

VARIAN BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China ketika ini telah dikesan berada di Malaysia masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, kemuncak penularan varian BA.5.2 adalah sekitar bulan September hingga Oktober 2022.

Kata beliau, varian tersebut banyak ditemui di negara-negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat.

“Ia telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2.

“Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan, kemuncak penularan varian BF.7 pula adalah pada bulan Oktober 2022 dan banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark serta China.

Baca artikel berkaitan: COVID: Dua varian di China dikesan di Malaysia – KP Kesihatan

Beliau berkata, tiga kes BF.7 telah dikesan dijangkiti dengan varian berkenaan sehingga 31 Disember lalu.

“Kes pertama dikesan pada 21 Ogos yang merupakan kes jangkitan tempatan manakala kes kedua merupakan kes import jangkitan dari Turkiye pada 6 September.

“Kes ketiga pula dikesan pada 7 Oktober yang merupakan kes jangkitan tempatan,” jelas beliau.

Semalam, Dr Noor Hisham memberitahu dua varian tersebut yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai subketurunan Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Ketururan Dalam Pemantauan (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” katanya.

Varian BF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5 dan pertama kali dikesan di dunia pada Julai 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This