Sajat dah dapat pasport pelancongan Australia tapi tak boleh balik Malaysia walaupun bapa tenat

Dari Penulis

USAHAWAN selebriti sensasi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meluahkan keterujaanya apabila dia kini berpeluang untuk menaiki penerbangan setelah pihak kerajaan Australia meluluskan permohonan pasport pelancongan miliknya.

Menerusi entri di Instgram, Sajat yang berada di pejabat Imigresen berkongsi perkembangan dirinya yang akan ‘terbang’ untuk urusan perniagaan.

Walau bagaimanapun, Sajat berkata, dia tidak dapat pulang ke Malaysia namun tidak menyatakan alasannya.

“Terima kasih kepada kerajaan Australia. Akhirnya saya dapat dokumen pelancongan. Sangat gembira dapat terbang ke awan biru.

“Sekarang saya boleh terbang untuk urusan perniagaan dalam masa terdekat ini.

“Kalau nak balik Malaysia, memang tak boleh dan untuk keluarga, sekarang ayah tak berapa sihat.

“Dari minggu lepas lagi ayah tak sihat. Saya buat panggilan video dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga,” katanya.

Tambah Sajat lagi, dia sentiasa ambil tahu perkembangan terkini kondisi kesihatan ayahnya.

“Apa-apa pun kak Long dan mak selalu ‘update’ fasal hal ayah kepada saya. Doakan yang baik-baik untuk keluargaa saya.

“Harap semuanya okay. Saya dapat pasport ini pun sebab saya nak melancong untuk urusan perniagaan memandangkan bulan Mei atau Jun ini kedai saya akan mula beroperasi.

“Kerja tetap kerja, hidup perlu diteruskan untuk rezeki anak-anak dan keluarga tercinta saya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This