Onn Hafiz harap hubungan Johor-Singapura terus diperkukuh

Dari Penulis

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap hubungan Johor dan Singapura yang telah terjalin sejak sekian lama dapat diperkukuhkan lagi demi kebaikan bersama rakyat kedua-dua negara.

Berkongsi mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di laman rasmi Facebooknya hari ini, Onn Hafiz berkata, pelbagai perkara dibincangkan, antara lain berhubung bagaimana Johor boleh meningkatkan kerjasama dengan Singapura.

“Selain itu kami turut berbincang mengenai ekonomi, infrastruktur, dan golongan belia,” katanya.

Beliau turut memuat naik beberapa gambar pertemuan itu dalam Facebooknya.

Sementara itu, Hsien Loong di laman Facebooknya berkata “Kami membincangkan cara untuk melaksanakan lebih banyak kerjasama.”

“Datuk Onn Hafiz dan saya gembira kerana keadaan telah kembali seperti sedia kala di Tambak, selepas pusat pemeriksaan darat dibuka semula.

“Kami akan terus bekerjasama rapat untuk memulihkan ekonomi,” tulisnya.

Baca artikel berkaitan: Buka sempadan, Onn Hafiz ucap terima kasih kepada PM

Menurut Hsien Loong, Onn Hafiz turut mengundang beliau untuk melintasi Tambak dan berharap “dapat melakukannya tidak lama lagi.”

Menurut Kementerian Luar Singapura pada semalam, Onn Hafiz mengadakan lawatan rasmi ke Singapura bermula 17 April hingga 19 April, atas undangan Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Selain mengadakan pertemuan dengan Hsien Loong, beliau turut dijadualkan bertemu beberapa Menteri iaitu Dr Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong; Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Menteri Pembangunan, Desmond Lee.

Kunjungan Menteri Besar hari ini dihoskan Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Minggu Air Antarabangsa Singapura 2022.

Onn Hafiz turut dijadual melawat tapak Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) Link Woodlands North, dan mengadakan pertemuan dengan agensi berkaitan latihan teknikal dan vokasional, pembangunan kemahiran, dan perumahan awam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This