500 peserta sah sertai Kembara Sahur UtusanTV Sabtu ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGANJURAN Kembara Sahur UtusanTV buat tahun kedua pada awal pagi Sabtu ini berjaya menarik penyertaan seramai 500 peserta.

Acara ‘perhimpunan’ mega itu amat dinanti-nantikan para ‘rider tegar’ apatah lagi selepas lebih dua tahun tidak berkumpul akibat penularan pandemik COVID-19.

Bukan itu sahaja, perjumpaan itu juga merupakan platform terbaik untuk berjumpa sambil beramal dalam bulan Ramadan tahun ini.

Penyelenggara Projek Kembara Sahur, Azwan Zeffry Ahmad memaklumkan, penyertaan 500 peserta itu menepati sasaran awal bagi memastikan program tahun ini lebih meriah.

Menurut Azwan, jumlah tersebut merangkumi 300 motosikal yang akan memulakan perjalanan dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang menghala ke Restoran Lepak Santai Steamboat & Grill, Tambun di Ipoh, Perak.

Lebih menarik, beliau berkata, kira-kira 100 ‘rider tegar’ dari Utara iaitu Perlis, Kedah dan Perak sudah pun mengesahkan penyertaan.

“Walaupun perjalanan program kali ini lebih jauh berbanding tahun lalu, namun saya yakin ia akan lebih meriah dan mencipta kenangan terbaik kepada semua peserta.

Baca artikel berkaitan: 500 ‘rider tegar’ disasar sertai Kembara Sahur UtusanTV

“Kita akan bertolak pada pukul 9.30 malam Jumaat dari R&R Rawang dan berkumpul semula di RTC Gopeng kira-kira pukul 11.30 malam.

“Di RTC Gopeng itu, kita akan berkumpul bersama rakan-rakan dari arah Utara sebelum ke Lepak Santai Steamboat & Grill untuk acara seterusnya iaitu tazkirah, sumbangan sedekah dan bersahur beramai-ramai,” katanya kepada UtusanTV.

FunRide adalah sebuah komuniti permotoran tanpa berasaskan model khusus yang aktif menganjurkan konvoi bermotosikal dengan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kembara Sahur UtusanTV ini dilaksanakan susulan acara tahunan fun ride sejak tahun 2013 setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Pemilik motosikal berkuasa tinggi yang ingin menyertai komuniti FunRide boleh berbuat demikian dengan menghubungi Azwan Zeffry di talian 019-321 9195.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This