6 Kelebihan Sedekah Yang Anda Perlu Tahu

Dari Penulis

Sedekah nampak mudah tapi rahsianya hanya yang mengamalkannya akan tahu impaknya. Malah untuk mengerjakannya bukan sukar kerana ia bukan sekadar harta tapi apa sahaja yang mengarah kebaikan itu pun dikatakan sedekah. Inilah mukjizat sedekah yang dijamin Allah telah disampaikan oleh Rasulullah lewat hadisnya.

Pertama: Menghapuskan dosa

Rasulullah bersabda, “Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (at-Tirmidzi).

Salah satu cara untuk menghapuskan dosa adalah dengan sedekah. Orang beriman diajar tentang percaya kepada perkara ghaib, apabila mengatakan menghapuskan dosa ia adalah suatu perkara yang tidak nampak dengan mata kasar tetapi ia tidak mustahil boleh dirasai  dengan naluri.

Menghapuskan amat penting dalam menjalani hidup ini kerana kita tidak tahu banyak mana dosa yang ada. Mungkin dosa yang terhapus boleh dirasai melalui perubahan yang kita alami dari buruk kepada yang baik itu juga petunjuknya. Apabila dosa berkurang maka ia akan meningkatkan keimanan kerana iman sentiasa bertambah dan berkurang.

Kedua: Dapat naungan di akhirat.

Rasulullah s.a.w. menceritakan ada tujuh jenis manusia yang mendapat naungan di akhirat salah seorangnya adalah orang yang bersedekah tanpa diketahui oleh orang lain.

Rasulullah bersabda, “Ada tujuh golongan yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan –Nya iaitu (1) Imam yang adil, (2) Pemuda yang tumbuh dalam ibadat kepada Allah, (3) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana-Nya, (4) Orang yang hatinya bergantung pada masjid apabila ia keluar daripadanya hingga ia kembali padanya, (5) Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu air matanya berlinangan, (6) Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan juga paras cantik akan tetapi lelak itu berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah, (7) Orang yang mengeluarkan sedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.” (HR Bukhari & Muslim).

Ketiga: Memberi keberkatan pada harta

Firman Allah, “Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya.” (Saba;39). 

Dalam satu hadis juga ada menyebut tentang kelebihan sedekah. Hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda,

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”

Tentu besar maksudnya dengan ‘Harta tidak akan berkurang dengan sedekah’. Imam Nawawi mensyarahkan hadis tersebut dalam kitabnya, “Para ulama menyebutkan bahawa maksud  ‘mencukupi’ dalam hadis tersebut terbahagi kepada dua; pertama, hartanya diberkati dan dihindarkan daripada bahaya. Kedua, jika secara zatnya harta tersebut berkurang maka pahala itu dilipatgandakan sampai berlipat-lipat banyaknya.”

Keempat: Membebaskan daripada seksa kubur.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur.” (HR Thabrani).

Ini juga suatu perkara tidak boleh dinyatakan dengan perkataan dan tidak boleh digambarkan. Seksaan kubur bukan calang-calang susahnya malah kita juga dikehendaki berdoa agar dijauhkan daripada seksa kubur. Alangkah bahagianya jika sedekah itu menjadi penyelamat kita di kubur.

Di  dalam hadis daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda;

“Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud (dalam solat) hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dan berdoa,Allahumma inni a’uudzubika min adzaabi jahannam, Wamin adzaabil qabri, Wamin fitnatil mahyaa wal mamati, Wamin syarri fitnatil masiihid Dajjal. (Ya Allah , aku berlindung kepadaMu daripada seksa neraka jahanam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dan kematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal)” (HR Muslim).

Kelima: Melapangkan dada, ketenangan hati dan bahagia.

Rasulullah s.a.w. memberikan perumpamaan yang amat indah tentang orang yang dermawan dan orang bakhil.

“Perumpamaan orang yang bakhil dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga kelengkangnya. Orang yang bersedekah, oleh sebab sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya.  Sampai-sampai hujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang bakhil oleh sebab kebakhilannya ia merasakan setiap lingkar baju besinya melekat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak boleh.”  (HR Bukhari).

Merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia, walau apa pun yang berlaku masih boleh menerimanya dan berlapang dada. Bersedekah melapangkan hati adalah perkara penting walaupun duit tidak bertambah tapi lapang dada dan hati yang bahagia itu adalah kemuncaknya. Membuat kebaikan itu juga sedekah dengan membahagiakan orang lain.

Setiap amalan yang dilakukan kena disiplin dan berterusan seperti mana yang disebut dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, “Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.”

Keenam: Sedekah penyembuh penyakit kronik.

Al-Aswad bin Yazid meriwayatkan daripada Abdullah dia berkata Rasulullah bersabda,

“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah, bentengilah harta kalian dengan zakat dan siapkanlah doa untuk menghadapi musibah.” (HR Baihaqi).

Ibnu Qayyim berkata, “Setiap doktor yang tidak mengubati pesakitnya dengan memeriksa hati, kebaikan, kekuatan rohani dan tidak menguatkan itu semua dengan sedekah, berbuat kebaikan dan kebajikan serta kembali kepada Allah dan hari akhir bererti dia bukan doktor sejati. Akan tetapi seorang yang baru belajar menjadi doktor.”

Manakala menurut Abdel Dayem Al Kaheel, apabila ubat sudah tidak mampu lagi menyembuhkan penyakit, banyakanlah bersedekah. Ia membawa penawar ajaib yang menyembuhkan semua jenis penyakit dengan izin Allah. Kerana, sedekah yang ikhlas mengharapkan keredaan Allah dan Allah akan membalasnya dengan limpah kurnia yang tidak terhingga.

____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This