Akshay Kumar Undur Diri Sebagai Duta Jenama Tembakau

Dari Penulis

Oleh: Muhammad Rahimi

SELEBRITI Bollywood kacukan India-kanada, Akshay Kumar mengumumkan keputusanya untuk menarik diri sebagai duta produk tembakau jenama Pan Masala selepas mendapat reaksi negatif daripada peminatnya.

Bintang filem Rustom itu memuat naik permohonan maaf kepada peminatnya semalam di akaun Instagram miliknya berkaitan kerjasama dengan syarikat produk tembakau itu.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat dan penyokong saya. Reaksi anda selama beberapa hari yang lalu sangat mempengaruhi saya,” katanya.

Menurut pelakon berumur 54 tahun itu, dia tidak akan menyokong penggunaan tembakau dan berterima kasih dengan teguran yang diajukan oleh peminatnya sekali gus mengambil keputusan untuk undurkan diri.

“Secara keseluruhan saya tidak akan menyokong tembakau, saya menghormati curahan perasaan anda terhadap hubungan saya dengan Vimal Elaichi.

“Dengan rendah hati, saya berundur. Saya telah memutuskan untuk menyumbangkan keseluruhan bayaran pengesahan untuk tujuan yang wajar.

“Jenama itu mungkin terus menyiarkan iklan sehingga tempoh sah kontrak tamat. Tetapi saya berjanji untuk berhati-hati dalam membuat pilihan pada masa hadapan.


“Sebagai balasan, saya akan selamanya terus meminta kasih dan ucapan anda semua,” tulisnya di akaun Instagram.

Kenyataan maaf Akshay Kumar

Terdahulu, peminat aktor itu, memberi respons negatif terhadap kolaborasi dengan produk tembakau itu dan turut berkongsi video-video lama yang memperlihat Akshay menegaskan bahawa alkohol dan tembakau tidak bagus untuk kesihatan.

Akshay juga dikenali dengan karakternya yang menjaga penampilan diri dan mempunyai tubuh badan tegap meskipun sudah berumur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This