TH keluar surat tawaran haji mulai Isnin, rayuan diutamakan kepada faktor mahram

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran tunai haji secara berjadual mulai Isnin ini dan pemilihan jemaah dilakukan berasaskan prinsip ‘yang dahulu didahulukan.’

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, TH akan mengutamakan bakal haji yang giliran mereka menunaika haji pada 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada 2021 dan seterusnya tahun ini.

Bagi rayuan haji pula, katanya, ia boleh dilakukan melalui platform dalam talian THiJARI yang sudah dibuka dengan memberi keutamaan kepada rayuan berkaitan faktor mahram.

Amrin berkata, TH sedang giat membuat persiapan terakhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.

BERITA BERKAITAN TH umum kadar bayaran haji baharu jemaah Malaysia, naik antara RM1,000 – RM3,000

Sehubungan itu, beliau menasihatkan bakal jemaah haji melakukan persiapan sewajarnya membabitkan rohani, jasmani dan kewangan termasuk pemeriksaan kesihatan.

“Insya-Allah bakal jemaah, kita jangka hampir 37, 38 hari lagi sebelum penerbangan pertama bermula,” katanya pada sidang media khas di Menara TH hari ini.

Sementara itu, TH juga hari ini mengumumkan kadar bayaran baharu untuk umat Islam Malaysia menunaikan haji secara Muassasah yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kadar untuk jemaah kumpulan B40 dan juga kadar jemaah bukan B40.

Kadar bayaran yang dilakukan secara bersasar itu akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM1,000 berbanding kadar sebelum ini untuk jemaah B40 dan RM3,000 untuk jemaah bukan B40. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This