ENAM Ah Long ditahan polis selepas menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen di sebuah premis pejabat dekat Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pukul 11.30 pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor.
“Tangkapan melibatkan enam suspek berbangsa Cina berusia antara 24 hingga 31 tahun.
“Sindiket ini menyewa ruang pejabat sebagai pusat panggilan dan menawarkan pinjaman kepada warga tempatan yang berselindung di sebalik syarikat pembiayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak dua tahun lalu dengan menawarkan pinjaman antara RM300 hingga RM20,000 dengan kadar faedah 10 hingga 30 peratus.
Enam suspek terbabit telah ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula semalam hingga 24 April.
Baca artikel berkaitan: Pekerja pembersihan maut selepas terperosok di bawah Alza
“Kes turut di siasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Polis turut merampas 23 buah telefon bimbit, 13 kad sim, sembilan kad ATM, 11 kertas catatan, 14 set borang perjanjian pinjaman dan empat buah buku senarai nama peminjam.
Turut dirampas sebuah bekas kad sim, dua keping pek sim, sebuah modem, sekeping akses kad dan sebuah pencetak.
Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat pinjaman wang tanpa lesen kerana faedah yang dikenakan adalah sangat tinggi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

