Tumis laksa, menu legend orang Ganu. Kalau tak makan nasi, boleh cuba menu ni

Dari Penulis

Tumis laksa, salah satu makanan legend orang Terengganu. Resipi asal menggunakan laksa, namun boleh juga ditukar kepada bihun. Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu sempena Aidilfitri nanti.

Menariknya Tumis Laksa tiada ikan kisar di dalam kuah, sebaliknya ikan dijadikan bebola.

Terima kasih Muliadi Ramli atas perkongsian resipi.

Bahan :

10 ekor Ikan selayang (dibuang kulit dan tulang. Ambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam dan perasa. Bentukkan bulat-bulat)

1/2 bungkus Bihun

Bahan tumis :

1 labu Bawang holland ( kuah lebih rasa manis bawang)

3 ulas Bawang putih (dimayang)

1/2 inci Halia (dimayang)

2 sb Lada hitam (bahan penting ni. Ditumbuk halus)

Bahan kisar :

3 ulas Bawang merah

2 biji Bawang putih

1/2 inci Halia

5 biji Cili padi (pada yang suka pedas. Tak tahan pedas jangan letak)

* kisar halus…tujuan kita kisar supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa

Bahan sayur :

Sawi

Lobak merah

Cendawan

Cili besar

* kuantiti ikut suka masing-masing

Bahan lain :

1 sb Kicap pekat

1 sb Sos tomato

1 sb Sos cili

Garam gula secukup rasa

Perasa

2 sb Minyak masak

1 kiub Kiub ayam

Cara :

1. Panaskan periuk dengan minyak masak dan masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.

3. Kemudian masukkan tiga cawan air. Tunggu air mendidih.

4. Selepas itu, masukkan kiub ayam, sos dan kicap.

5. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul menunjukkan ia sudah masak. Boleh masukkan sayur.

6. Akhir sekali masukkan garam gula dan perasa. Siap. Selamat mencuba. Tumis laksa sesuai di makan sepanjang masa. Makan begitu sahaja atau di makan bersama nasi.

Sumber : Muliadi Ramli


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This