PENGENDALI Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad menyarankan pengguna untuk mengikuti cadangan jadual perjalanan yang dikeluarkan apabila merancang pulang ke Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, aliran trafik kembali ke Lembah Klang mula menunjukkan peningkatan sejak 3 Mei lalu.
Menurut beliau, kepatuhan pengguna kepada cadangan jadual perjalanan juga meningkat kepada hampir 74 peratus berbanding hanya 55 peratus sejak mula diumumkan minggu lalu.
Radzimah berkata, ia sekali gus melancarkan operasi pengurusan lebuh raya KLK dan LPT1 terutama dalam memastikan keselesaan pengguna di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah.
“Kita dapat lihat jumlah kenderaan yang mula keluar dari KLK dan LPT1 ke arah Kuala Lumpur mula meningkat memandangkan cuti umum telah pun berakhir semalam.
“Sehubungan itu, ANIH Berhad ingin mengingatkan pengguna untuk tetap mengikuti cadangan jadual perjalanan yang telah dikeluarkan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan cadangan jadual perjalanan yang dikeluarkan bagi perjalanan esok dan Ahad, mereka dari Pahang dicadang masuk ke lebuh raya pada 6 pagi hingga 10 pagi dan 7 malam hingga 10 malam, Terengganu (8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam) dan Kelantan (6 petang hingga 8 malam atau 10 malam hingga 12 tengah malam).
Baca artikel berkaitan: Tol percuma, pastikan keluar sebelum 11.59 malam ini
Sejak 29 April hingga pukul 4 petang semalam, jumlah kenderaan di KLK telah merekodkan sebanyak 1.15 juta manakala 570,398 kenderaan dicatatkan di LPT1.
ANIH Berhad turut mengingatkan pengguna untuk tetap menyentuh kad Touch ‘n Go di plaza tol dan memastikan baki dalam e-dompet, kad Touch ‘n Go atau SmartTag mencukupi sebelum memulakan perjalanan walaupun tol percuma akan diberikan kepada pengguna mulai 12 tengah malam esok sehingga 11.59 malam Ahad.
ANIH Berhad juga menasihatkan pengguna untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan di sepanjang perjalanan jika perlu di kawasan R&R serta hentian sebelah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

