Nak sihat tidak perlu pun berbelanja sehingga ribuan ringgit bagi dapatkan nutrisi tambahan, sebaliknya banyak bahan basah di rumah boleh ditransformasi menjadi sumber nutrien antaranya kaki ayam.

Kaki ayam terdapat banyak kolagen, glycine dan asid amino yang diperlukan tubuh badan. Jadi hanya reneh sup kaki ayam dan tambahkan sedikit medium berasid seperti cuka epal bagi mempercepatkan nutrisinya keluar dari tulang kaki ayam.

“Rugi tau kalau tak kenalkan anak-anak dengan kaki ayam.

Dalam kaki ayam, ada banyak sangat kolagen, glycine dan asid amino. Semua nutrien ni sejenis diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kaki ayam ni bukan je boleh bantu kuatkan tulang dan sendi anak-anak, tapi bagus jugak kalau kita nak betulkan usus anak-anak. Kandungan nutrien yang ada dalam kaki ayam, boleh bantu kurangkan radang dalam badan.

Bila usus anak-anak dalam keadaan cantik dan sihat, imun sistem anak akan lebih kuat, insyaAllah akan susah anak nak jatuh sakit.

Lepas ni kita jadikan menu wajib sebulan sekali mesti ada kaki ayam kat rumah boleh?

Reneh je sup kaki ayam. Lagi lama, lagi banyak nutrisi yang keluar. Tambah sikit medium berasid macam cuka epal contohnya, untuk cepatkan lagi semua nutrien keluar dari tulang kaki ayam.

Kita buat sama-sama tau. Anak mesti suka sangat kalau dapat hirup kuah sup kan.

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.”

Sumber : Mazliana Mazlan