Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, tubuh manusia dewasa keluarkan 3 gram glycine , namun tubuh perlukan 15 gram setiap hari.

Oleh itu, tambahan kolagen dan glycine perlu diambil dari sumber luar dan antara yang paling bagus ialah sup kaki ayam.

Selain itu, sup rebusan tulang bersama tambahan bahan seperti lobak merah, saderi, daun bawang, bawang putih dan rempah ratus juga mampu memberi kelebihan kepada tubuh badan.

“Antara rahsia awet muda ialah pastikan kolagen cukup.

Kolagen ialah sejenis protein. Terbentuk dari tiga amino acid.

Ada glycine. Hydroxyproline dan proline. Salah satu yang penting ialah glycine.

Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari.

Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup.

Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit, radang hilang.

Pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik.

Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar.

Kolagen biasanya didapati pada haiwan.

Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan.

Contoh paling senang. Sup kaki ayam. 70% kandungan protein dalam kaki ayam. Jadikannya padat kolagen.

Kolagen kaki ayam tinggi glycine.

Sekitar 16% diikuti hydroxyproline 14% dan proline 8%.

Ketahuinya lebih banyak khasiatnya👇https://neuroversiti.com/1001-khasiat-kaki-ayam/

Kolagen juga perlu untuk urat dan saluran darah.

Cara lain ialah melalui bone broth. Lebihan tulang qurban tu boleh guna.

Tulang direbus lama. 48 jam lamanya.

Ditambah pula sayuran kaya fitonutrien. Sumber kaya prebiotik.

Carrot. Lobak putih. Celery. Daun bawang. Bawang putih. Rempah ratus.

Selepas 48 jam keluarkan semua biar tinggal broth.

Hanya air sup dari rebusan yang diminum.

Air sup ini kaya dengan glycine. Kalau disimpan di freezer mampu bertahan 6 bulan.

Cuba dan rasai perbezaannya.

P.S:

Yang dok pm tepi tanya keluarga amal apa untuk tubuh dan OTAK sihat:

⏩ https://bit.ly/SayaNakCocoVegan

⏩ https://bit.ly/SayaNakCocoOCOC

⏩ https://bit.ly/SayaNakBarleyFlakes

.

#DrRizal

Sumber : Dr Rizal Abu Bakar_