LIMA pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut akibat rentung dalam kemalangan berdekatan Terowong Menora, Kuala Kangsar tengah malam tadi sepatutnya menduduki peperiksaan hujung bulan ini.
Menurut laporan BH Online yang memetik Naib Canselor USAS, Prof. Tan Sri Dr. Nordin Kardi memaklumkan, pelajar universiti tersebut akan menghadapi peperiksaan akhir semester pada hujung Mei ini.
Menurut beliau, sesi pengajaran dan pembelajaran di USAS juga sudah hampir selesai.
Nordin memberitahu, semua lima pelajar itu difahamkan keluar ke Ipoh dengan menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam.
“Lagi tiga minggu peperiksaan akhir semester dan kesemua pelajar baru kembali semula ke kampus kira-kira seminggu lalu selepas cuti Aidilfitri,” katanya di luar Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar.
Lima pelajar itu dikenal pasti Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasnun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).
Baca artikel berkaitan: Lima rentung nahas tiga kenderaan dekat Terowong Menora
Mengulas lanjut, Nordin memaklumkan pihak universiti sedia menghulurkan bantuan kepada waris kesemua mangsa dengan menampung penginapan, makan minum dan terbabit dalam pengurusan jenazah di Kuala Kangsar.
“Insya-Allah, USAS akan urusakan apa juga berkaitan jenazah dengan pihak hospital. Ibu bapa mereka semua juga sudah dihubungi. Bantuan diruskan USAS termasuk dalam hal ehwal takaful insurans berkelompok pelajar.
“Jika urusan jenazah tidak sempat diselesaikan hari ini, USAS akan menanggung biaya perbelanjaan waris mereka sepanjang menguruskan jenazah di Kuala Kangsar,” katanya.
Muhammad Nasrun berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi dari Chukai, Terengganu; Iqbal Hasnun dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal dari Parit Buntar, Perak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

