Pemandu lori ditemui mati tergantung di dapur rumah

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori ditemui mati tergantung di bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Bahtera, Pinggiran Batu Caves petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut kira-kira pukul 2.54 petang.

“Mangsa seorang lelaki berbangsa India berusia 48 tahun dipercayai menggantung diri menggunakan tali nilon yang diikat pada siling,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiga parah dalam kemalangan di NPE

Katanya, mangsa yang sudah berkahwin dilaporkan tinggal sendirian sejak tiga tahun lepas kerana mempunyai masalah keluarga.

“Mangsa dan keluarga telah tinggal di rumah tersebut sejak sembilan tahun lepas sebelum isteri dan dua orang anak mengambil keputusan untuk berpindah ke Ipoh,” ujarnya.

Tambahnya, adik mangsa telah mengubunginya berulang kali pada pukul 9.30 pagi, tetapi tidak berjawab.

Susulan itu, adik mangsa telah bertindak ke rumah mangsa dan mendapati rumah dalam keadaan berkunci.

Namun, deringan telefon bimbit dapat didengari pada bahagian ruang tamu rumah.

“Adik mangsa memecahkan pintu dan mendapati mangsa dalam keadaan tergantung,” ujarnya.

Hasil siasatan mendapati barangan peribadi berada di ruang tamu dan tiada unsur perbuatan jenayah berlaku.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan itu, Zainal Mohamed menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua beradik maut MPV bertembung kereta ketika memotong motosikal

HASRAT dua beradik untuk pulang ke Temerloh berakhir tragedi apabila mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki...

More Articles Like This