Rita Rudaini bakal kembali berlakon selepas dua tahun menyepi

Dari Penulis

PELAKON Rita bakal kembali berlakon setelah dua tahun menyepi akibat daripada kontroversinya semasa musim pandemik yang lalu.

Rita, 46, sebelum ini menolak pemberian vaksin Covid-19 di media sosial sehingga menyebabkan pelakon filem Mami jarum itu menyepi.

Terbaharu, penerbit Zeel Production, Fadzil Teh atau mesra dipanggil Hj. Zil meberitahu bahawa Rita akan kembali berlakon dalam sebuah karya terbitan produksinya.

“Rita maklumkan kepada saya, dia akan kembali aktif berlakon selepas ini,” ujar Hj. Zil memetik laporan mStar.

Menurut Hj Zil lagi, Rita merupakan seorang pelakon yang berbakat dan rugi jika tiada penerbit yang ingin memberinya karya baharu untuk dilakonkan.

“Memanglah kami sangat teruja dan gembira apabila Rita menerima tawaran ini kerana kita semua tahu dia seorang pelakon yang berbakat dan rugi sekiranya tiada karya baharu untuknya, walau hanya watak kecil,” katanya lagi.

Hj zil turut memberitahu bahawa Rita akan memilih watak-watak yang mencabar agar kemunculan semulanya nanti nampak meyakinkan.

“Namun, akan memilih watak yang betul-betul mencabar kerana katanya biarlah tampil dengan lakonan yang gah jika mahu membuat kemunculan semula,” ujarnya.

Penerbit kelahiran Perlis itu akui turut gusar dengan kritikan netizen terhadap isu yang membabitkan Rita akan tetapi dia sedar bahawa tiada apa yang boleh dilakukan dan persetujuan untuk membawa pelakon jelita itu kembali berlakon sudah diluluskan.

“Saya tahu orang akan cakap tentang isu vaksin dan kita tidak boleh menutup mulut semua orang.

“Sebelum menawarkan kepada Rita, saya dan pihak produksi sudah duduk berbincang dan mereka semua tiada masalah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This